ppsk sitetitle

Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Congratulation to Mr. Zamri Ibrahim – Gold Medal EDNOVAC 2019

Congratulation to Mr. Zamri Ibrahim, Mr. Mohd Nasrom Mohd Nawi, Mr. Mohd Nazri Mat Husin, Dr. Nik Siti Hanifah Nik Ahmad, and Mr. Muhammad Syamim Ikhwan Rosli  for wining Gold Medal in 4IR Innovation Carnival 2019 (EDNOVAC2019) for Open Category at IPG Dato’ Razali Ismail Campus, Kuala Terengganu on 8 to 10 April 2019. Their project called Career Maping Support System (SSPK), was developed in 2017 using USM Short Term Research Grant. The system can be used by school student to help them in choosing the best courses in university according to their interest and talent. It can be access from portal http://petakerjaya.kk.usm.my.

 Zamri1

Zamri2

Menang pingat emas dalam pertandingan Inovasi 4IR

Pasukan penyelidik daripada Pusat Pengajian Sains Kesihatan telah memenangi pingat emas dalam kategori terbuka pertandingan Inovasi 4IR sempena Karnival Inovasi 4IR 2019 (EDNOVAC 2019) anjuran IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu, pada 8 – 10 April 2019. Karnival peringkat kebangsaan ini antara lain bertujuan memperkasa dan membudayakan penyelidikan dan kemahiran inovasi dalam sektor akademik dan pendidikan selari dengan era Revolusi Industri 4.0. Difahamkan hampir 300 penyertaan diterima oleh penganjur daripada sekolah, institusi pengajian tinggi dan agensi luar untuk pertandingan ini.

Tajuk penyertaan inovasi oleh kumpulan yang diketuai En. Zamri Ibrahim ini ialah “Pembangunan Kerjaya Pelajar melalui Pendigitalan Kaunseling” dimana Sistem Sokongan Pemetaan Kerjaya (SSPK) diguna sebagai platform bagi tujuan kaunseling pemetaan kerjaya pelajar sekolah. SSPK yang dibina melalui geran projek penyelidikan jangka pendek USM mula beroperasi sejak 15 Mac 2017 dan boleh diakses secara atas talian melalui http://petakerjaya.kk.usm.my telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar sekolah seluruh Malaysia. Sistem ini berjaya menarik minat para juri pada pertandingan itu kerana ia adalah satu-satunya sistem pemetaan kerjaya dalam Bahasa Melayu yang ada sehingga kini dengan memberi bantuan membuat keputusan kepada pelajar dalam pemilihan kursus yang sesuai dengan minat dan bakat masing-masing untuk diikuti di institusi pengajian tinggi selepas tamat persekolahan, serta menyenaraikan pilihan kerjaya yang berkaitan.

Kumpulan ini juga dianggotai oleh En. Mohd Nasrom Mohd Nawi, Mohd Nazri Mat Husin, Dr. Nik Siti Hanifah Nik Ahmad, dan Muhammad Syamim Ikhwan Rosli.       

ico ebookingico regisico expertsico campusico cpd

Contact Us

Dean,
School of Health Sciences
Health Campus
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian,
Kelantan. Malaysia.
Academic office: 7518 / 7517
Administration office: 7510 / 7509 / 7511
Postgraduate office: 7521 / 7525
+609 767 7515

[ Location ]

Goverment Hyperlink

Firefox3 | IE 7+ | Chrome
Best Resolution [ 1280 x 1024 ]

  • Last Update: Tuesday 05 November 2019.

 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.
Copyright © 2018, School of Health Sciences. All Rights Reserved

Offcanvas Menu EN