Karnival Kelantan Sihat: Diet & Fit 2022

Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Diet dan Nutrisi Negeri Kelantan, Universiti Sains Malaysia dan Nutrifit365 Sdn Bhd telah Berjaya menganjurkan Karnival Kelantan Sihat “Diet & Fit” 2022 di Mydin Mall, Tunjong pada 18 Jun 2022.

Karnival ini merupakan acara kemuncak kepada aktiviti-aktiviti Inisiatif Kelantanku Sihat 2022 yang telah bermula pada Februari yang lepas. Pelbagai pengisian telah diadakan sepanjang Karnival ini berlangsung seperti Pameran Kalori Makanan oleh Program Pemakanan dan program Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, perundingan status pemakanan oleh Nutrifit 365 Sdn Bhd, derma darah oleh Unit Perubatan Transfusi Hospital USM,  Pemeriksaan Kesihatan oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan dan pameran-pameran kesihatan yang lain.

Karnival yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, YB Dr Haji Izani Hussin turut diserikan dengan aktiviti Forum Kesihatan Buah Pinggang, Pertandingan Mewarna dan pertandingan Bento. Majlis perasmian turut dihadiri oleh Prof Madya Dr Rapeah Suppian, Timbalan Dekan PPSK, Dr Marina Abdul Manaf, Pengerusi Program Pemakanan PPSK, dan dif-dif kehormat yang lain. YB Dr Izani Hussin juga turut melancarkan aplikasi web Nutrifit 365 yang membantu masyarakat untuk mendapatkan maklumat berkaitan pemakanan dan gaya hidup sihat.

YB Exco juga memuji kerjasama dan usaha yang ditunjukkan oleh Kelab Diet dan Nutrisi Negeri Kelantan dan Universiti Sains Malaysia dalam turun ke lapangan untuk mendidik masyarakat berkaitan ilmu pemakanan dan kesihatan yang betul dan sahih. Alhamdulillah karnival telah berlangsung dengan meriah sehingga ke sesi petang dengan persembahan busker dan cabutan bertuah untuk pengunjung. Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan dengan lebih meluas dan kerjasama pelbagai pihak perlu terus digembleng dalam memastikan kejayaan Agenda Kelantan Sihat dapat direalisasikan.

 

IMG 5140

IMG 5220

IMG 5222

IMG 5290IMG 5358

IMG 5395

ico ebookingico regisico expertsico campusico cpd

Contact Us

Dean,
School of Health Sciences
Health Campus
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian,
Kelantan. Malaysia.
Academic office: 7518 / 7517
Administration office: 7510 / 7509 / 7511
Postgraduate office: 7521 / 7525
+609 767 7515

[ Location ]

Goverment Hyperlink

Firefox3 | IE 7+ | Chrome
Best Resolution [ 1280 x 1024 ]

  • Last Update: Thursday 29 September 2022.

 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.