Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat(BJIM), Universiti Sains Malyasia (USM) dan Rajanagarindra Institute of Child Development (RICD),Thailand akan menyediakan kerusi roda yang diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan pengguna OKU.
Perkhidmatan yang disediakan adalah:
1. Membaiki kerusi roda seperti menukar alat ganti.
2. Memohon kerusi roda terpakai.
3. Khidmat nasihat pemilihan kerusi roda.
4. Khidmat modifikasi kerusi roda mengikut keperluan dan keadaan pesakit.
![]() |
![]() |
TEMUJANJI PUSAT KHIDMAT KERUSI RODA
Ahli masyarakat yang memerlukan perkhidmatan kami, boleh hubungi talian di bawah untuk temujanji:
Wan Muhammad Fadhil Wan Ismail
No telefon : 09 -767 7772
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
PERMOHONAN KERUSI RODA
Permohonan kerusi roda boleh dibuat dengan mengisi borang di pautan di bawah:
Syarat dan terma permohonan:
*Borang hendaklah diisi selengkapnya beserta gambar pesakit.
*Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
*Stok kerusi roda adalah terhad. Pihak kami akan menghubungi pemohon bila stok kerusi roda yang bersesuaian dari segi saiz dan jenis telah diterima. Pemohon akan di hubungi untuk proses penilaian dan modifikasi kerusi roda mengikut kesesuaian dan keadaan pesakit.
Borang yang telah diisi boleh dikembalikan melalui email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau fax ke talian 09- 767 7830.
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi En. Wan Fadhil di talian 09-767 7772 atau email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.